UBAT MUJARAB GOUT DARI SUMBER ALAM SEMULAJADI

 GOUT

Gout ( Podagra ) ialah keadaan kesihatan yang biasanya dicirikan oleh serangan radang sendi akut yang berulang yang melibatkan sendi meradang atau bengkak. Gout sering menyerang sendi metatarsus-falangeal pada pangkal ibu jari kaki. Gout boleh juga menyerang  sendi-sendi lain seperti tumit, lutut, pergelangan tangan dan jari tangan. Penyakit ini disebabkan oleh peningkatan paras asid urik dalam darah.

Asid urik menghablur, dan hablur-hablur ini terbentuk dalam sendi yang menyebabkan sakit yang teruk. Pengambilan daging dalam jumlah yang banyak atau pengambilan alkohol biasanya adalah punca tahap asid urik yang tinggi dalam darah. Sebaik sahaja serangan akut diatasi melalui penggunaan ubat-ubatan atau herba, paras asid urik yang tinggi biasanya boleh diturunkan melalui perubahan gaya hidup sihat.








RAWATAN HERBA  ALAM SEMULAJADI

Gout dirawat dengan misai kucing. Minum air rebusan daripada seluruh tumbuhan ini adalah sangat efektif.

Nama Biasa: Misai Kucing

Nama Botani: Orthosiphon aristatus Benth.

PENJELASAN RINGKAS TENTANG TUMBUHAN Misai kucing,yang juga dikenali sebagai teh jawa atau tumbuhan teh buah pinggang, adalah merupakan tumbuhan herba yang bercabang yang tergolong dalam keluarga Labiatae ( Lamiaceae ). Misai kucing ialah tumbuhan taman saka yang bertumbuh dengan cepat dan boleh mencapai ketinggian 1-2 meter. Tangkainya yang berbulu, berbentuk empat segi dan bercabang banyak, mempunyai perbezaan dengan daun yang berbentuk bujur yang panjangnya 5 cm dengan tepi yang bergerigi halus. Hujung tangkai menghasilkan bunga-bunga yang berpusar dengan panjang 2.5 cm, berwarna putih atau ungu berkepala dua, dengan stamen yang menjulur keluar yang memberikan bunga ini ciri-ciri seperti misai kucing. Kacangnya yang kecil berbentuk bujur melebar, mampat dan berkedut. Bunganya menghasilkan penampilan yang menarik pandangan mata di taman.


KEGUNAAN PERUBATAN LAIN

1. Batu karang dalam buah pinggang

2. Batu karang dalam pundi kencing

3. Diuretik [ bahan yang menggalakan aliran air kencing ]

4. Menurunkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes

5. Endema

6. Reumatisme

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BUNGA KEKAWA [ Chrysanthemum indicum Linn ] RAHSIA PERUBATAN ALAM SEMULAJADI